Home | Jawatan Kosong | Syarat-syarat Permohonan | Panduan Pengguna | Staf UM
* Katalaluan adalah 'case sensitive'

Home >

Welcome to the University of Malaya e-Recruitment System.


Selamat datang ke Sistem e-Recruitment Universiti Malaya.

Sekiranya pengguna telah mendaftar dalam Sistem e-Recruitment Universiti Malaya tetapi lupa katalaluan, sila klik sini.

                                                     

 
Syarat- Syarat Permohonan
 
Bagaimana Untuk Membuat Permohonan (Untuk pemohon Jawatan Bukan Akademik sahaja) :

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Sokongan di Univeristi Malaya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang berikut :
 
1.
Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman web http://e-recruitment.um.edu.my.
a. Bagi pemohon luar yang pertama kali menggunakan sistem ini, sila pilih Pendaftaran Baru.
b. Bagi calon luar yang pernah memohon jawatan melalui sistem ini, anda boleh menggunakan ID, katalaluan dan data terdahulu untuk memohon jawatan. Maklumat yang diberi hendaklah yang terkini dan pastikan anda mengemaskini maklumat yang telah dimasukkan terdahulu.
c. Bagi staf Universiti Malaya sahaja sila pilih Staf UM (Permohonan Jawatan).
 
2.
Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlulah mengemukakan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan masing-masing yang dibuat melalui Ketua Jabatan secara pos mengikut Perintah Am Bab 'A' 21.
 
3.
Pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
 
4.
Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL), adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
5.
Pemohon hanya boleh membuat permohonan jika terdapat iklan kekosongan jawatan sahaja.
 
6.
Pemohon boleh memohon hanya tiga (3) jawatan sahaja dalam satu iklan.
 
7.
Pemohon juga dibenarkan menukar atau mengemaskini jawatan yang diiklankan sebanyak 3 kali dalam tempoh iklan dibuka sahaja. Sebarang perubahan jawatan yang dipohon selepas tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.
 
8.
Pemohon boleh mengemaskini maklumat peribadi pada bila-bila masa dan hanya data pada tarikh tutup sesuatu iklan sahaja yang akan digunakan sebagai maklumat sebenar calon.
 
9.
TEMPOH SAH LAKU data calon dalam sistem e-Recruitment adalah selama satu (1) tahun. Jika tiada proses kemaskini rekod atau permohonan baru dalam tempoh setahun, data pemohon akan secara automatik dipadamkan dari rekod. Selepas tamat tempoh sah laku, sekiranya pemohon ingin memohon jawatan di Universiti Malaya, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan mendaftar semula dalam Sistem e-Recruitment.
 
10.
TEMPOH SAH LAKU adalah selama setahun dari tarikh terakhir salah satu transaksi berikut iaitu pengemaskinian data atau dari permohonan baru.
 
11.
Permohonan yang tidak dihantar melalui saluran yang ditetapkan atau diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
 
12.
Pemohon yang lengkap dan memenuhi syarat kelayakan serta melepasi tapisan yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.
 
13.
Pemohon perlu memastikan maklumat yang diberi adalah benar. Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan Undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989) yang jika disabitkan boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda RM2,000 (Dua Ribu Ringgit Malaysia) atau kedua-duanya sekali.
 
14.
Pemohon yang berjaya disenarai pendek dan dipanggil untuk temuduga diminta membawa bersama :
a) satu (1) salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan bersama dokumen asal;
b) satu (1) salinan Sijil Lahir yang telah disahkan bersama dokumen asal;
c) satu (1) salinan Resume yang telah dicetak dari sistem e-recruitment semasa permohonan dibuat;
d) satu (1) salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan bersama dokumen asal;
e) satu (1) salinan sijil-sijil lain yang berkenaan yang telah disahkan bersama dokumen asal; dan
f) Borang Pengesahan Ketua Jabatan - Lampiran Y bersama kenyataan perkhidmatan, borang Penilaian Prestasi terkini dan surat sokongan dari Ketua Jabatan (bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan sahaja)
 
15.
Bahagian Sumber Manusia, Universiti Malaya akan memaklumkan status permohonan semasa pemohon (panggilan ujian, panggilan temu duga dan surat tawaran pelantikan) melalui laman web ini (http://e-recruitment.um.edu.my ) iaitu pada pautan Rekod dan Status Permohonan. Notis pemberitahuan juga akan dihantar melalui email yang telah didaftar. Pemohon dikehendaki sentiasa menyemak email dan status permohonan ini bagi mengetahui maklumat terkini status permohonan masing-masing.
 
16.
Keputusan pemilihan calon oleh Jawatankuasa Kerja Pemilih Universiti Malaya adalah muktamad.
 
 

  HUBUNGI KAMI  

Bahagian Sumber Manusia
Universiti Malaya
No. Tel : +603 7967 3257/ 3487/ 3516/ 3262/ 3513
E-mel : plantik_sok@um.edu.my
(untuk Jawatan Sokongan)
E-mel : plantik_peg@um.edu.my (untuk Jawatan Pengurusan & Profesional)

ATAU sekiranya menghadapi masalah dari segi teknikal/sistem, sila hubungi :

Pusat Teknologi Maklumat
Universiti Malaya
E-mel : ihris@um.edu.my

Sila hubungi dalam waktu pejabat seperti berikut:
Isnin - Khamis : 8.30am - 1.00pm & 2.00pm - 5.30pm
Jumaat : 8.30am - 12.00pm & 2.45pm - 5.30pm
(Waktu Malaysia, GMT +8.00)
 
Copyright 2007-2009 University of Malaya.